comscore
Tumpuan :
Politik

PRU-15: ‘Saya tidak restu anak tanding kecuali atas tiket PAS’

KOTA BHARU: Isteri Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat,  Datin Tuan Sabariah Tuan Ishak menegaskan beliau tidak pernah merestui mana-mana anaknya bertanding dalam Pilihan Raya, kecuali atas tiket PAS.

Tuan Sabariah berkata, beliau dan arwah suami sudah mendidik anak-anak mereka sejak kecil agar istiqamah dengan perjuangan Islam bersama PAS.

“Saya tidak pernah merestui mana-mana anak saya bertanding dalam mana-mana Pilihan Raya kecuali di atas tiket PAS.

“Al-Marhum Tuan Guru dan saya sudah mendidik anak-anak kami semenjak dari kecil lagi agar kekal Istiqamah dengan perjuangan Islam bersama Parti PAS,” katanya menerusi kenyataan, malam tadi.

Kenyataan itu dipercayai merujuk kepada anaknya, Nik Omar yang bertanding di Parlimen Pasir Salak atas tiket PKR pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15),

Parlimen Pasir Salak menyaksikan pertembungan empat penjuru.

Selain Khairul Azwan Harun daripada Barisan Nasional (BN) dan Nik Omar, kerusi itu juga ditandingi calon Perikatan Nasional (PN), Jamaludin Yahya dan calon Gerakan Tanah Air (GTA), Zairol Hizam Zakaria.

Nik Omar sebelum ini pernah bertanding di Dewan Undangan Negeri (DUN) Chempaka, Kelantan .

Namun tewas pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) di kerusi yang pernah disandang arwah bapanya.

 

Loading...
Terkini