comscore
Tumpuan :
Politik

PRU-15: Shahidan berdepan dua pencabar di Arau

Oleh Amira Suraini Che Mohamad

ARAU: Bekas Ketua UMNO Bahagian Arau, Datuk Seri Shahidan Kassim akan berentap dengan dua pencabar di kerusi Parlimen Arau pada PRU-15.

Penyandang kerusi Parlimen Arau itu telah memenangi kawasan tersebut selama empat penggal.

Beliau akan berhadapan dengan pencabar utama iaitu calon Barisan Nasional (BN), Datuk Rozabil Abdul Rahman dan calon Pakatan Harapan (PH), Fathin Amelina Fazlie.

Datuk Seri Shahidan pada PRU-14 lalu telah menang dengan majoriti 4,856 undi menewaskan calon daripada PKR dan PAS.

Kerusi Parlimen Arau menjadi ‘panas’ apabila Datuk Seri Shahidan membuat keputusan untuk menentang calon BN atas tiket PN selepas beliau tidak dicalonkan semula oleh BN pada PRU-15.

Sementara itu, empat kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang terletak dalam kawasan Parlimen Arau iaitu Pauh, Tambun Tulang, Guar Sanji dan Sanglang masing-masing menyaksikan pertembungan empat penjuru.

Manakala bagi DUN Simpang Ampat pula menyaksikan pertembungan enam penjuru antara BN, PH, PN, Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang), Warisan dan Bebas. – BULETIN TV3

Loading...
Terkini