comscore
Tumpuan :
Politik

PRU-15: Shahidan, Ismail bakal dikenakan tindakan tatatertib

Mahdzir beramah mesra dengan masyarakat Siam pasa Program Persembahan Wayang Kulit oleh Masyarakat Siam, di Naka, Padang Terap, malam tadi. / NSTP

KUALA NERANG: Lembaga Tatatertib UMNO akan mengambil tindakan terhadap dua pemimpinnya yang memilih untuk bertanding pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) atas tiket Perikatan Nasional (PN).

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mahdzir Khalid, berkata ini berikutan tindakan yang dilakukan penyandang Parlimen Arau, Datuk Seri Shahidan Kasim dan penyandang Parlimen Maran, Datuk Seri Ismail Abdul Muttalib jelas melanggar perlembagaan UMNO dan Barisan Nasional (BN)

Beliau turut berasa kecewa dengan tindakan dua pemimpin berkenaan.

“Kepada rakan-rakan kita sudah tentulah ada peraturan yang disediakan oleh parti itu kita, semua orang tahu peraturan-peraturan yang terkandung ataupun peraturan yang menjadi perlembagaan kepada BN.

“Kita sekarang ini sedang menghadapi pilihan raya tapi semua orang sudah tahu bahawa kedudukan tiap-tiap daripada kita ini sebab kita adalah ahli parti dalam komponen BN (memang jelas melanggari) ya lah (dikenakan tatatertib),” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika hadir pada Program Persembahan Wayang Kulit oleh Masyarakat Siam di Padang Terap, malam tadi.

Pada PRU-14, Shahidan yang juga Menteri Wilayah Persekutuan Shahidan menang di Parlimen Arau dengan majoriti 4,856 selepas mengalahkan Datuk Dr Abd Rahman Daud (PKR) dan Hashim Jasin (PAS).

Ismail yang juga Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, menang di Parlimen Maran dengan majoriti 3,763 menewaskan Hasenan Haron (PAS) dan Ahmad Farid Ahmad Nordin (PKR).

Bagaimanapun, pada PRU-15, nama mereka disingkirkan dan digantikan dengan Rozabil Abd Rahman sebagai calon di Parlimen Arau.

Manakala Datuk Seri Shahaniza Shamsudin di Parlimen Maran. – BULETIN TV3

Loading...
Terkini