comscore
Tumpuan :
Politik

PRU-15: Tentera Darat nafi kenyataan tular kempen di kem

Foto: Tentera Darat Malaysia/Facebook.

KUALA LUMPUR: Tentera Darat Malaysia (TDM) menafikan kenyataan yang tular di media sosial kononnya Panglima Tentera Darat (PTD) Jeneral Zamrose Mohd Zain membenarkan Menteri Kanan Pertahanan Hishammuddin Hussein untuk berkempen di mana-mana kem tentera darat.

Menurut TDM, kenyataan PTD telah dimanipulasi oleh pihak berkepentingan dan berupaya menjejaskan imejnya.

“Dalam artikel bertarikh 6 Nov 22, memetik kenyataan ‘Anggota Tentera Diingat Tidak Terbabit Secara Langsung Kempen PRU15’ telah dimanipulasi dengan kenyataan berikut ‘tetapi saya benarkan mantan menteri pertahanan masuk berkempen di dalam mana-mana kem tentera darat dia bertanding’.

“Kenyataan ini telah tersebar di aplikasi WhatsApp, adalah tidak wajar kerana disifatkan menyebarkan berita palsu. TDM memandang serius isu ini dan menegaskan bahawa kenyataan tersebut adalah tidak benar dan dilihat mempunyai unsur tidak baik oleh pihak yang terbabit,” menurut kenyataan itu, semalam.

Menurut TDM, PTD dalam kenyataannya semasa sidang media di Majlis Penganugerahan Pingat Jasa Malaysia kepada Veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) baru-baru ini hanya mengingatkan anggota tentera supaya tidak terlibat secara langsung termasuk turun padang berkempen pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15).

“…ini kerana dianggap melanggar peraturan yang ditetapkan kepada anggota ATM. Malah turut menyatakan bahawa setiap anggota berhak untuk mengundi dan memilih siapa sahaja dalam PRU-

Foto: Tentera Darat Malaysia/Facebook.

15 bagi menentukan masa depan negara.

“TDM tidak akan berkompromi dengan pihak yang cuba memanipulasi atau memprovokasi melalui penyebaran berita tidak benar yang akan menjejaskan nama baik TDM dan nama baik PTD,” menurut kenyataan itu.

Justeru, TDM meminta semua pihak berhati-berhati dalam menyebarkan berita atau maklumat yang diterima dan disaran menyemak dahulu kesahihannya. – BULETIN TV3

Loading...
Terkini