comscore
Tumpuan :
Politik

PRU-15: Terima Kasih Padang Terap- Nurul Amin

Oleh: Kumaran Rajamoney

ALOR SETAR: Nurul Amin Hamid, yang dipilih untuk memenangi kerusi Parlimen Padang Terap bertekad mahu memenuhi aspirasi penduduk di parlimen itu, sejajar keyakinan yang diberikan kepadanya dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

Beliau yang menang dengan majoriti 10,959 undi menentang Bekas Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata tugasnya kini adalah bagi memastikan segala pembangunan yang direncana dapat diteruskan.

“Tumpuan saya adalah bukan untuk memburukkan bekas penyandang kerusi parlimen itu tetapi memberikan nilai tambah kepada beberapa projek yang telah diumumkan. Bandaraya Getah Kedah (KRC) merupakan antara projek berskala besar yang perlu diberikan tumpuan khusus.”

“Saya sudah meneliti beberapa projek lain yang diumumkan sebelum ini termasuk pembinaan sekolah berasrama penuh, yang akan saya angkat untuk pelaksanaan selepas kerajaan pusat dibentuk dalam masa terdekat ini,” katanya.

Nurul Amin yang juga Pegawai Khas Kanan kepada Menteri Besar Kedah memaklumkan tumpuan lain adalah isu pembasmian kemiskinan.

“Saya akan pastikan sokongan rakyat Padang Terap ini dibalas dengan sebaiknya. Ini adalah kemenangan bersama. Terima Kasih,” katanya ketika dihubungi Buletin TV3.

Nurul Amin dari Perikatan Nasional (PN) menerima undi sebanyak 28,217 menewaskan Datuk Seri Mahdzir (Barisan Nasional-17,258), Muaz Abdullah (Pakatan Harapan-2,702) dan Razali Lebai Salleh (Pejuang-452).

Loading...
Terkini