comscore
Tumpuan :
Politik

PRU-15: ‘Tian Chua tuntut saya pulangkan watikah calon Batu’, dakwa Prabakaran

Tian Chua dan P. Prabakaran

PETALING JAYA: Calon Pakatan Harapan (PH) Parlimen Batu, P. Prabakaran, mendedahkan Tian Chua ada menghubungi beliau sebelum ini menuntutnya memulangkan semula watikah pencalonan kepada jawatankuasa pilihan raya gabungan itu.

“Saya tolak saranan itu. Dia (Tian Chua) ada bercakap dengan presiden PKR (Anwar Ibrahim) tapi saya tidak tahu apa yang mereka bincangkan.

“Tapi akhirnya Tian Chua memilih untuk menjadi calon bebas. Saya tidak pernah melihatnya sebagai musuh,” jelasnya seperti dilapor Sinar Harian.

“Saya bersyukur Tian Chua menyokong saya selama ini (sejak 2018) tetapi sedih beliau memilih untuk lawan saya dan ingkar arahan parti kali ini,” katanya kepada pemberita di Sentul Raya pada Ahad.

Tindakan Tian Chua bertanding sebagai calon Bebas di Parlimen Batu katanya boleh menyebabkan penyokong PH di kawasan itu keliru.

Pencalonannya dan Tian Chua seolah-oleh dilihat dua calon PH bertanding di kawasan yang sama.

Menurutnya, tindakan itu akan merisikokan kekalahan PH dan menyebabkan calon BN mempunyai peluang untuk menang.

“Tian Chua masih ada masa untuk tarik balik pencalonan. Ini bukan pasal beliau atau saya tapi untuk membentuk kerajaan yang stabil,” katanya.

Kerusi Parlimen Batu menyaksikan pertembungan 10 penjuru membabitkan calon penyandang, Prabakaran, pempengaruh media sosial yang juga ahli perniagaan Nur Fathiah Syazwana Shaharuddin (Bebas), peguam Siti Kasim (Bebas) serta calon PEJUANG, Wan Azliana Wan Adnan.

Loading...
Terkini