comscore
Tumpuan :
Politik

PRU-15: Tiga penjuru di Parlimen Pagoh

Calon Perikatan Nasional Parlimen Pagoh (P143), Muhyiddin menghantar borang pencalonan ke Pusat Penamaan Calon di Pusat Konvensyen Hab Pendidikan Pagoh, Muar Johor. – Foto: NSTP

PAGOH: Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) bagi kerusi Parlimen Pagoh menyaksikan saingan tiga penjuru membabitkan calon Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin; calon Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Razali Ibrahim dan calon Pakatan Harapan (PH), Iskandar Shah Abd Rahman.

Mereka mengemukakan borang pencalonan masing-masing sebelum tempoh sejam penamaan calon tamat tepat jam 10 pagi tadi.

Pengumuman rasmi calon yang bertanding dibuat Pegawai Pengurus Pilihan Raya, Muhammad Helmi Ya’kub setengah jam selepas tempoh pencalonan ditutup. – BERITA HARIAN

Loading...
Terkini