comscore
Tumpuan :
Politik

PRU-15: Tiga penjuru di Parlimen Sembrong

Hishammuddin tiba di pusat penamaan calon jam 9.20 pagi. – Foto: NSTP

KLUANG: Kerusi Parlimen Sembrong menyaksikan pertembungan tiga penjuru membabitkan Datuk Seri Hishammuddin Hussein.

Hishammuddin yang juga penyandang kerusi Parlimen itu dicabar calon Pakatan Harapan (PH) yamg diwakili Hasni Abas dari PKR.

Turut bertanding adalah calon Perikatan Nasional (PN) dari BERSATU, Aziz Ismail.

Pengumuman rasmi calon bertanding dibuat Pegawai Pengurus Pilihan Raya, Jamaludin A Hamid kira-kira jam 10 pagi di dewan MPK, Paloh.

Pencalonan Hishammuddin dicadangkan ADUN Kahang, R Vidyananthan dan di sokong oleh bekas ADUN Paloh, Teoh Yup Kun.

Hishammuddin tiba di pusat penamaan calon kira-kira 9.20 pagi diiringi isteri dan jentera BN Parlimen Sembrong.

Hasni tiba kira-kira jam 8.50 pagi, manakala calon PN, Aziz Ismail pula tiba jam 9 pagi diiringi penyokong parti masing-masing.

Kesemua calon menyerahkan borang masing-masing dalam tempoh kurang sejam selepas proses penamaan calon dibuka pada jam 9 pagi.-HARIAN METRO

Loading...
Terkini