comscore
Tumpuan :
Politik

PRU-15: Tok Mat menang besar di Rembau

Oleh Izzatie Rizan

REMBAU: Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Mohamad Hasan mengekalkan kemenangan BN di Rembau dengan majoriti 19, 897 undi.

Beliau yang memperoleh 53,076 undi mengalahkan Jufitri Joha daripada PH yang memperoleh 33,178 undi, manakala Mohd Nazree Mohd Yunus daripada PN hanya mendapat 21,875 undi.

Keputusan itu diumumkan Pegawai Pengurus Pilihan Raya Parlimen Rembau, Mohamad Najib Mustafa.

Pada PRU-14 kerusi Parlimen Rembau dimenangi Khairy Jamaluddin dengan majoriti 4,364 undi.

Loading...
Terkini