comscore
Tumpuan :
Politik

[VIDEO] PRU-15: Tugas-tugas khas halang saya untuk kerap ke Parlimen – Abdul Hadi

Oleh: Mohd Ishak Abdillah Ngah / Aziz Abdullah

MARANG: Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang menjawab kenyataan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim mengenai isu ketidakhadiran beliau ke Parlimen.

“Saya ditugaskan bukan sahaja di Parlimen, tapi ada tugas-tugas khas. Kehadiran ke Parlimen ni bukan macam hadir kelas sekolah.

 

“Orang tak faham bukan hadir kelas sekolah. Menteri-menteri bukan tunggu kelas sekolah. Jadi dia jawab-jawab soalan selesai-selesai jalankan tugas di luar. Ada pun yang tak ada tugas ni berapa jam pun tunggu situlah. Orang tak sekolah hal parlimen ni difahamkan begitu,” kata Tan Sri Abdul Hadi ketika sidang media di kediamannya di Rusila, Marang.

Jelasnya, isu kehadiran ke sidang Dewan Rakyat yang menjadi modal pihak lawan ketika kempen Pilihan Raya Umum (PRU-15) itu langsung tidak menjejaskan kredibilitinya.

“Saya turut memberi peluang kepada anak muda atas kouta saya untuk bercakap di Parlimen,” ujarnya.

Penyandang Parlimen Marang itu dilantik memegang jawatan Duta Khas Perdana Menteri ke Timur Tengah semasa pentadbiran kerajaan bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada 2 April 2020.

Sementara itu, Tan Sri Abdul Hadi turut ditanya mengenai isu pengisytiharan harta di kalangan pemimpin harta.

“Harta kita tak banyak orang lain sebut juta-juta kita ratus ribu tak sampai juta. Orang kita memang ada jutawan tapi tak terlibat dengan politiklah. Orang PAS ni tak ada salah laku tak pernah di heret ke Mahkamah,”

Beliau bagaimanapun menegaskan pemimpin PAS tidak mempunyai sebarang masalah untuk mengisytihar harta masing-masing.

“Tak ada masalah, saya anggap isytihar harta ini satu kebodohan nak kerana nak tunjuk-tunjuk ke orang,”

Loading...
Terkini