comscore
Tumpuan :
Politik

PRU-15: Tun M pertahan Parlimen Langkawi, berdepan saingan 5 penjuru

Oleh Kumaran Rajamoney

LANGKAWI: Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, berhadapan saingan lima penjuru pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) di kerusi Parlimen Langkawi.

Beliau berhadapan tentangan dari calon muka baharu daripada Barisan Nasional (BN), Datuk Arminshah Siraj, calon Perikatan Nasional (PN) Datuk Suhaimi Abdullah dan Calon Pakatan Harapan (PH), Zabidi Yahya.

Turut bertanding calon bebas (Lambang. Bunga) , Datuk Abd Kadir Sainudin.

Pengerusi Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) itu menjadi calon tertua PRU-15 yang bertanding mempertahankan kerusi parlimen itu pada usia 97 tahun.

Pengumuman rasmi pencalonan mereka dibuat oleh Pegawai Pengurus Pilihan Raya Parlimen Langkawi, Datuk Abdul Gafar Yahya pada jam 10.45 pagi selepas tempoh bantahan ditutup.

Tun Dr Mahathir memenangi kerusi Parlimen Langkawi pada PRU-14 apabila menewaskan calon BN, Datuk Ir Nawawi Ahmad, dan calon PAS, Zubir Ahmad. – BULETIN TV3

Loading...
Terkini