comscore
Tumpuan :
Politik

PRU-15: Tun M tumpas, hilang deposit

Tun Dr Mahathir Mohamad

Oleh: Kumaran Rajamoney

Alor Setar: Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad gagal mempertahankan kerusi Parlimen langkawi pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) dan hilang deposit menentang calon dari Perikatan Nasional (PN), Datuk Suhaimi Abdullah.

Beliau yang juga Pengerusi Pejuang memperoleh hanya 4,556 undi berbanding Mohd Suhaimi yang memperoleh 25,463 undi.

Tun Dr Mahathir turut ketinggalan di belakang calon Barisan Nasional (BN), Datuk Armishah Siraj (11,945 undi) dan calon Pakatan Harapan (PH) Zabidi Yahya (5,417 undi).

Calon bebas parlimen Langkawi, Dato Abd Kadir turut hilang deposit.

Loading...
Terkini