comscore
Tumpuan :
Politik

PRU-15: UMNO gantung sementara Ketua Wanita Arau dan Maran

PETALING JAYA : Ketua Wanita UMNO Bahagian Arau dan Maran digantung sementara bagi keseluruhan jawatan di peringkat Cawangan dan Bahagian.

Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan, berkata penggantungan terhadap Ketua Wanita UMNO Bahagian Arau, Datuk Seri Shamsiah Yasin dan Ketua Wanita UMNO Bahagian Maran, Datin Seri Fatimah Kassim adalah selaras dengan fasal 10.15 Perlembagaan UMNO.

“Ini kerana ada aduan sahih berkenaan tingkah laku, sikap dan kecenderungan kedua-dua wanita UMNO Bahagian terbabit secara langsung atau tidak langsung serta menyokong calon parti lawan pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

“Butiran lanjut dan pertuduhan akan dibuat apabila aduan terhadap kedua-dua Ketua Wanita berkenaan kepada Lembaga Disiplin pada waktu terdekat ‘.

“UMNO ingin menegaskan pemantauan berterusan akan dilakukan terhadap ahli-ahli parti sepanjang tempoh kempen PRU15 bagi memastikan tiada unsur sabotaj dilakukan terhadap calon dan parti,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Loading...
Terkini