comscore
Tumpuan :
Politik

PRU-15: UMNO Langkawi gerak jentera santuni pengundi

Oleh Kumaran Rajamoney

LANGKAWI: UMNO bahagian Langkawi akan menggerakkan jenteranya di pelbagai peringkat bagi mendekati lebih 65,000 pengundi di parlimen itu, sepanjang tempoh kempen Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

Ketuanya, Datuk Ir. Nawawi Ahmad berkata, perkara itu telah diperhalusi Ahli Jawatankuasa yang mengadakan pertemuan sulung bersama Calon Barisan Nasional (BN), Datuk Armishah Siraj.

“Dalam hal ini parti buat keputusan bahawa calon BN Parlimen Langkawi adalah Armishah Siraj, kami bermesyuarat dan berpendapat demi kekuatan parti kita bersetuju bahawa apa saja yang dibuat pimpinan parti kita akan beri sokongan.”

“Kita sudah ada jentera di setiap peringkat kepimpinan parti. Jadi, kita akan manfaatkan setiap maklumat yang ada dalam usaha membantu calon kita memenangi PRU kali ini,” katanya kepada media di sini.

Usaha itu juga katanya adalah tanda UMNO dan BN berlapang dada dan berjiwa besar dengan keputusan pucuk pimpinan parti yang menamakan calon yang dipercayai mempunyai kelebihan untuk merampas kerusi parlimen Langkawi.

“Di Langkawi kita mempunyai 14,000 ahli dan kita perlu memberi sokongan penuh kepada calon BN demi memenangi parlimen ini sekali gus menyumbang satu kerusi dalam usaha parti membentuk kerajaan persekutuan selepas PRU ke-15.”

Untuk rekod, Amirshah yang juga bekas setiausaha sulit kanan kepada tiga menteri besar Kedah akan berdepan empat calon lain iaitu Tun Dr Mahathir Mohamad (Pejuang), Datuk Mohd Suhaimi Abdullah (PN), Zabidi Yahya (PH) dan Datuk Abd Kadir Sainudin (Bebas- Bunga).

Loading...
Terkini