comscore
Tumpuan :
Politik

PRU-15: UMNO telah putuskan “No Anwar, No DAP”- Mahdzir


Oleh Kumaran Rajamoney

KUALA NERANG: UMNO tidak ada sebarang komitmen gabungan bersama Pakatan Harapan (PH) bagi membentuk kerajaan pasca Pilihan Raya Umum (PRU-15) sekiranya Barisan Nasional (BN) gagal mendapat majoriti membentuk kerajaan.

Menurut Naib Presidennya, Datuk Seri Mahdzir Khalid, dakwaan Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin itu hanya satu andaian dengan tujuan untuk memberi gambaran yang salah kepada pengundi dalam kempen PRU-15.

“Tan Sri Muhyiddin memberi ucapan atau kenyataan itu (sebenarnya) boleh memberi kesan Barisan Nasional (BN), orang Melayu rata-ratanya takut dengan perkataan DAP. Jadi lebih baik tak payah bagi undi kepada BN sebab BN nak bekerjasama dengan PH dan itu memberi gambaran yang salah kepada masyarakat.”

UMNO katannya, telah memutuskan tiada kerjasama dengan PH menerusi pendirian “No Anwar, No DAP” yang dimuktamadkan dalam Perhimpunan Agung yang diadakan Mac lalu.

“Kita sudah memberikan indikasi yang jelas bahawa kita tidak mahu bekerjasama dengan Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim atau DAP.”

“Saya berpendirian kita perlu berkempen secara berhemah dan menjelaskan naratif dan optik yang tepat. BN sudah menampilkan manifesto dan calon Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob. Jadi kita serah kepada rakyat,” katanya.

Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin sebelum ini dilaporkan berkata, ada kemungkinan akan wujud kerjasama antara Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Presiden PKR, Datuk Seri Anwar selepas PRU15 bagi membentuk kerajaan.

Muhyiddin juga berkata, kerjasama itu boleh membawa musibah kepada orang Melayu kerana Anwar akan membawa DAP masuk bersama untuk membentuk kerajaan.

Dalam perkembangan lain, BN akan terus bergerak sebagi sebuah gabungan yang berbilang kaum bagi memastikan kestabil dan kemakmuran negara terjamin.

“Lebih 60 tahun BN  memimpin negara, masyarakat pelbagai kaum hidup dalam keadaan harmoni. Ini yang kita hendak pastikan, yakni tidak ada kaum yang akan terpinggir.

Parti itu juga katanya mempunyai peningkatan sokongan yang signifikan di banyak lokasi.

“Insyallah kita boleh capai sasaran yang kita impikan,” kata Datuk Seri Mahdzir ketika ditemui pada program Sembang Santai Bersama Ahli Koperasi Peserta Rancangan FELCRA @ Padang Kerasak, di sini.

Loading...
Terkini