comscore
Tumpuan :
Politik

PRU-15: Warisan garis 5 manifesto

Oleh Abdul Hadi Karim

TAWAU: Parti Warisan menggariskan lima misi dan visi bagi memenangi hati rakyat pada Pilihan raya Umum ke-15.

Parti berkenaan bertekad membawa aspirasi bagi menjayakan misi berkenaan sekiranya dipilih sebagai kerajaan.

Presidennya Datuk Seri Shafie Apdal berkata, manifesto itu diharap akan dapat mengubah landskap politik negara.

“Pertama kita mahukan supaya perpaduan di negara ini. Kedua kita mahu pemerintahan ada ketelusan. Kita juga mahu kerajaan yang mempunyai integriti.

“Ketiga kita ada semangat kekitaan tidak mengira bangsa dan agama. Kelima mesti ada kesaksamaan dan keadilan bagaimana keadilannya kita janji MA63 tapi kita tidak tunaikan, katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada Majlis Pemimpin Bersama Rakyat Parti Warisan, Parlimen Kalabakan di Kg. Tanjung Batu, di sini hari ini.

Katanya, parti-parti politik di negara ini dilihat menjurus untuk merebut jawatan dan bukannya memperbaiki negara dan membela nasib rakyat.

Sehubungan itu, misi dan visi parti Warisan kali ini menekankan usaha memperbaiki negara demi kepentingan rakyat keseluruhannya.

Loading...
Terkini