comscore
Tumpuan :
Politik

PRU-15: Zaharuddin tidak gentar pencabar di Jelebu

Calon PN Parlimen Jelebu, Zaharuddin Baba Samion

JELEBU: Calon Perikatan Nasional (PN) Parlimen Jelebu Zaharuddin Baba Samion, 56 menyifatkan dirinya hanya insan kerdil apabila perlu berdepan dengan dua nama besar dari Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH) dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

Anak jati Kampung Sungai Buloh, Jelebu itu berkata calon BN Datuk Seri Jalaluddin Alias adalah nama besar di Jelebu berikutan pernah dua penggal menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri (DUN) Negeri Sembilan dan satu penggal sebagai Ahli Parlimen manakala calon PH, Datuk Zulkefly Mohamad Omar adalah Speaker DUN Negeri Sembilan.

“Namun saya berani mengambil cabaran itu dan tidak gentar untuk berdepan dengan dua nama berkenaan apabila diumumkan sebagai calon PN oleh pimpinan parti.

“Ketika ini saya bermula dari kosong dan percaya masih ramai yang tidak kenal siapa saya berbanding dua nama terbabit yang sudah dikenali oleh penduduk di Jelebu serta perlu bekerja kuat bagi memastikan dirinya dapat diterima pengundi,”katanya ketika melawat Pusat Daerah Mengundi (PDM) di Kampung Kampai, malam ini.

Zaharuddin (tengah) berbincang bersama petugas ketika melawat PDM Kampung Kampung Kampai

Lebih dikenali sebagai Bangteh dikalangan penduduk tempatan, Zaharuddin berkata merancang sebuah pembinaan universiti selain meningkatkan kemudahan komunikasi sekiranya memenangi kerusi Parlimen berkenaan.

Pesara guru dan usahawan itu berkata biarpun berdepan cabaran daripada dua nama besar terutamanya Jalaluddin yang sudah dikenali, dia akan berusaha menarik undi ramai.

Mempunyai hubungan baik dengan masyarakat termasuk menjadi Pengerusi Kelompok Tanaman Padi Komersil Sungai Buloh, Zaharuddin berharap pengundi di Parlimen Jelebu memberinya peluang untuk berkhidmat sebagai wakil rakyat pada penampilan kali pertama sebagai calon.

Loading...
Terkini