comscore
Tumpuan :
Politik

PRU-15: Zuraida berdepan 8 pencabar

Oleh Juliana Sharin

AMPANG: Penyandang Parlimen Ampang selama 3 penggal, Datuk Zuraida Kamaruddin berdepan 8 pencabar dalam Pilihan Raya Umum ke-15.

Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi itu bagaimanapun akan bertanding mewakili Parti Bangsa Malaysia (PBM) kali ini.

Pakatan Harapan sebaliknya mempertaruhkan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Tiga, Rodziah Ismail.

Turut mengintai peluang, calon Barisan Nasional (BN) yang diwakili Ketua Beliawanis MCA, Ivone Low Yi Wen.

Sementara Perikatan Nasional (PN) meletakan calon Shasha Lyna Abdul Latiff, yang merupakan seorang peguam.

Tidak ketinggalan ikut bertanding, Ketua Pejuanita Muda, Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang), Dr. Nurul Ashikin Mabahwi.

Turut mencuba nasib, Adun Teratai, Bryan Lai Wai Chong dari Warisan.

Tiga lagi calon adalah bebas iaitu Muhammad Shafiq Izwan Mohd Yunos, Tan Hua Meng, dan M. Raveendran.

Kelayakan bertanding itu diumumkan Pegawai Pengurus Pilihan Raya di Parlimen Ampang Mohd. Fauzi Mohd Yatim, di pusat penamaan calon P099 di Dewan Dato Ahmad Razali. – BULETIN TV3

Loading...
Terkini