comscore
Tumpuan :
Politik

[VIDEO] PRU Padang Serai: Calon yakin BN bantu kempen menangkan PH

Calon PH, Dr Mohamad Sofee Razak

Oleh: Kumaran Rajamoney

KULIM : Calon Pakatan Harapan (PH) Parlimen Padang Serai, Dr Mohamad Sofee Razak yakin akan mendapat sokongan dari pimpinan Barisan Nasional (BN) dalam meyakinkan penyokong mereka untuk mengundi PH pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) pada 7 Disember ini.

Mengakui mempunyai masa yang terhad untuk melakukan hebahan kepada penyokong, Dr Sofee berharap penerangan secara bersemuka dengan pengundi dapat mengelak kekeliruan.

“Meskipun BN dan WARISAN sudah memberikan laluan kepada saya, namun nama calon parti masing-masing masih tertera di kertas undi. Jadi masih ramai yang belum maklum tentang kerjasama diantara parti-parti kami ini.”

“Kita tidak ada masalah kepada pengundi yang mempunyai akses kepada teknologi maklumat. Sasaran kita adalah mereka yang tidak begitu arif dengan ehwal semasa dan maklumat perlu disampaikan secara bersemuka,” katanya.

Mengakui pengumuman kerjasama PH-BN dibuat agak lewat, Dr Sofee bagaimanapun menyifatkan ianya susulan dari beberapa perbincangan sebelum keputusan itu dimuktamadkan.

“Kita masih ada empat hari lagi untuk turun jumpa masyarakat bagi menjelaskan perkara ini supaya mereka mengundi PH,” ujarnya ketika ditemui semasa melakukan tinjauan proses undi awal di Ibu Pejabat Polis Daerah Kulim di sini.

Semalam, Pengerusi BN Negeri Kedah, Datuk Seri Jamil Khir Baharom mengumumkan BN memberi laluan kepada calon PH pada PRU-15 bagi Parlimen Padang Serai.

PRU-15 Parlimen Padang Serai ditangguhkan pada 7 Disember ini susulan kematian calon PH, mendiang M. Karupaiya pada 16 November lalu.

Loading...
Terkini