comscore
Tumpuan :
Politik

[VIDEO] PRU Padang Serai: Undi awal berjalan lancar

Ketua Polis Kedah, Datuk Wan Hassan Wan Ahmad disambut Ketua Polis Daerah Kulim, Superintendan Mohd Redzuan Salleh dan Pengurus Pilihan Raya Parlimen Padang Serai, Datuk Abdul Bari Abdullah.

Oleh Kumaran Rajamoney

KULIM: Proses pengundian awal bagi Pilihan Raya Umum Ke-15 Parlimen Padang Serai berjalan lancar di Ibu Pejabat Polis Daerah Kulim.

Ketua Polis Kedah, Datuk Wan Hassan Wan Ahmad berkata, meskipun 76 orang didaftarkan sebagai pengundi di pusat mengundi itu, hanya 74 orang diletakkan dalam senarai akhir.

“2 orang tidak mengundi kerana, seorang sudah meninggal dunia manakala seorang lagi sudah dibuang kerja. Proses pengundian bermula seawal jam 8 pagi, dan akan ditutup pada jam 2 petang kerana jumlah pengundi melebihi 50 orang.”

“Tiada anggota yang dilaporkan positif COVID-19 dan kita jangkakan peratusan mengundi yang tinggi di sini,” katanya ketika ditemui selepas melakukan tinjauan proses undi awal, hari ini.

PRU Padang Serai ditangguhkan selepas calon Pakatan Harapan (PH), mendiang Karupaiya Mutusami meninggal dunia pada 16 November lalu.

Kerusi parlimen Padang Serai menyaksikan pertembungan 6 penjuru melibatkan calon dari PH, Barisan Nasional, Perikatan Nasional, WARISAN, PEJUANG dan bebas.

Bagaimanapun, BN dan WARISAN telah mengumumkan memberikan laluan kepada calon PH, Dr Mohamad Sofee Razak.

Untuk rekod, Parlimen Padang Serai mempunyai mempunyai 133,767 pengundi berdaftar.

Loading...
Terkini