comscore
Tumpuan :
Politik

PRU15: Calon BN Jalani Saringan Ketat Termasuk Oleh Pejabat Agama

KUALA LUMPUR: Tidak hanya dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM), Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Jabatan Insolvensi Malaysia, calon Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) akan turut menjalani saringan status mereka dengan pejabat agama.

Perdana Menteri yang juga Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata langkah itu kali pertama diperkenalkan dalam PRU kali ini kerana parti tidak mahu sebarang isu berbangkit membabitkan calon berkaitan dengan pejabat agama.

“Kalau dulu kita tidak ‘check’ perkara ini, …kali ini kita akan periksa. Ini kita akan periksa status jika ada yang berkahwin di Siam atau ada kes tuntutan nafkah yang sudah ada keputusan di Mahkamah Syariah,” katanya dalam sidang media selepas Taklimat Khas PRU-15 dan Monsun Timur Laut di Ibu Pejabat Polis di Bukit Aman, hari ini.

Ismail Sabri berkata, proses saringan peringkat pertama calon BN sudah selesai dengan Pengerusi Perhubungan Negeri dan peringkat kedua oleh ‘top five’ selepas ini. “Manifesto parti juga akan diumumkan tidak lama lagi,” katanya.

Loading...
Terkini