comscore
Tumpuan :
Politik

PRU15: PH Johor Umum 26 Calon Kerusi Parlimen 3 Nov

Timbalan Pengerusi Amanah Johor Dzulkefly Ahmad.

ISKANDAR PUTERI: Pakatan Harapan (PH) Johor, akan mengumumkan senarai calon yang akan bertanding di 26 kerusi parlimen di Johor bagi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15), pada 3 Nov di Johor Bahru, menurut Timbalan Pengerusi Amanah Johor Dzulkefly Ahmad.

“Kita sudahpun selesai pembahagian kerusi dan kita serahkan kepada kepimpinan parti atas kebijaksanaan mereka untuk menentukan calon, sebab PRU15 agak kritikal.

“Semua parti ada pengalaman jadi kerajaan. ‘Calon boleh menang’ juga antara faktor penentu kemenangan,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Taklimat ‘Training of Trainers’ Petugas Parti Politik Bagi PRU15 Negeri Johor, di bangunan Majlis Bandaraya Iskandar Puteri (MBIP) di sini hari ini.

Ditanya sama ada Timbalan Presiden Amanah Datuk Seri Salahuddin Ayub bakal mempertahankan kerusi Parlimen Pulai yang dimenanginya pada 2018, Dzulkefly berkata menjadi amalan biasa bagi pihaknya untuk mencalonkan semula individu tersebut, dalam pilihan raya berikutnya.

Pada PRU-14, Salahuddin yang juga Pengerusi PH Johor menang kerusi Parlimen Pulai dengan majoriti 7,687 undi, dalam persaingan empat penjuru.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan hari pengundian PRU-15 pada 19 Nov ini, penamaan calon pada 5 Nov manakala pengundian awal pada 15 Nov. – BERNAMA

Loading...
Terkini