comscore
Tumpuan :
Politik

PRU15: Rozi Mamat agresif berkempen tawan hati pengundi muda di Hulu Terengganu

Oleh Mohd Ishak Abdillah Ngah

HULU TERENGGANU: Hampir 50 kampung sudah dijelajahi Calon Barisan Nasional (BN) Hulu Terengganu, Datuk Rozi Mamat dalam siri kempen beliau bagi memastikan kemenangan di Hulu Terengganu.

Cuaca yang tidak menentu kadang kala basah kuyup ketika berkempen tidak menjadi halangan untuknya mendekati pengundi.

Sikap mesranya, lebih peduli serta mengambil cakna pada rakyat, menjadikan beliau lebih dekat di hati pengundi.

Rozi yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Telemong ketika ditemui hampir hilang suara setelah beberapa hari keluar masuk kampung dan markas untuk berceramah serta mengadakan forum terbuka bersama pengundi.

“Setelah empat hari kita berkempen dan masuk 40 ke 50 kampung, saya tengok sambutan orang ramai serta keyakinan mereka kepada BN sangat tinggi., Saya yakin momentum ini dapat diteruskan sehingga ke 19 November ini. Kita akan susun langkah untuk mendapatkan sokongan daripada pengundi muda dan BN sudah menggerakkan jentera untuk mendekati golongan berkenaan dan yakin berupaya mendapat sokongan mereka.”.

“Terutama pengundi muda, mereka menzahirkan sokongan pada kepada saya dan mereka mahukan masa depan yang lebih baik. Jadi untuk ke arah itu saya mengajak meraka bersama BN”, katanya ketika ditemui di Hulu Terengganu.

Bekas guru itu bagaimanapun mempunyai strategi untuk mendekati pengundi muda tetapi tidak sesekali melupakan pengundi lama sesuai dengan slogan BN Terengganu ”Mengikat yang lama, memikat yang baharu’.

Menurut Rozi lagi, Kerajaan Barisan Nasional telah banyak mengubah landskap ekonomi dan juga pembangunan dalam sektor pendidikan di Hulu Terengganu, selain daerah itu terkenal sebagai lokasi popular pelancongan domestik dan antaranbangsa.

Pada masa akan datang, lebih peluang pekerjaan akan disediakan sekiranya BN diberi mandat.

“Dari saegi calon ni ada kelebihan dan kekurangan masing-masing. Tetapi sudah banyak isu rakyat kita selesaikan. Saya yakin pengundi-pengundi di Hulu Terengganu nampak dengan jelas apa yang BN lakukan untuk mereka. Walaupun sukar untuk memenuhi semua kehendak pengundi, saya akan berusaha untuk memenuhi dengan mengajak semua bekerjasama dengan BN”, katanya lagi.

Parlimen Hulu Terengganu mempunyai kira-kira 80,000 pengundi akan menyaksikan berlakunya persaingan antara empat bekas pendidik merebut kerusi berkenaan pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) 19 November ini.

Calon Perikatan Nasional (PN), Datuk Rosol Wahid; calon BN, Datuk Rozi Mamat dan calon Pakatan Harapan (PH), Alias Ismail merupakan bekas guru.

Calon Gerakan Tanah Air (GTA) yang bertanding atas tiket Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang), Mohd Khadri Abdullah pula pernah bertugas sebagai pensyarah di Pusat Pembangunan Kemahiran Negeri Terengganu (TESDEC).

Kerusi Hulu Terengganu bertukar menjadi milik Bersatu apabila penyandangnya, Rosol keluar UMNO selepas PRU ke-14 dan menyertai Bersatu pada Disember 2018.

Loading...
Terkini