comscore
Tumpuan :
Politik

PRU15: `Saya orang pertama tentang jika ada kerjasama dengan UMNO’ – Rafizi

PETALING JAYA: Timbalan Presiden PKR, Rafizi Ramli memberi jaminan beliau akan menjadi individu pertama yang menentang jika wujud rundingan kerjasama di antara PKR dan UMNO.

Rafizi berkata, dalam ceramahnya, termasuk malam tadi, beliau sering `menyerang’ UMNO dan Presidennya, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Justeru tegasnya kerjasama antara kedua-dua parti, termasuk jika tanpa membabitkan Ahmad Zahid tidak mungkin akan berlaku.

“Penyokong PKR serta Pakatan Harapan (PH) dan pengundi tidak perlu berasa bimbang kerana saya tidak akan menerima perkara (rundingan) ini dan berdiam diri.

“Jika ia berlaku, saya akan menjadi orang pertama yang bersuara, jika berlaku sebarang usaha rundingan dengan UMNO,” katanya pada sidang media di sini, hari ini.

Beliau ditanya kemungkinan wujud rundingan di antara PKR dan UMNO bagi membentuk kerajaan selepas Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Calon PKR Parlimen Pandan itu juga yakin gabungan PH mampu menawan 90 hingga 100 kerusi pada PRU15 berdasarkan momentum ketika ini dan mempunyai hak untuk membentuk kerajaan dengan parti dari Sabah dan Sarawak. – BULETIN TV3

Loading...
Terkini