comscore
Tumpuan :
Politik

PRU15: Shahidan ‘digugurkan’?

ARAU: Kemelut dalaman berkait pemilihan calon Barisan Nasional (BN) untuk bertanding kerusi Parlimen Arau pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15), dilihat semakin ‘panas’ selepas penyandangnya, Datuk Seri Dr Shahidan Kassim, memberi bayangan bahawa dirinya ‘digugurkan’ daripada senarai itu apabila semua bilik gerakan BN Parlimen Arau ditutup.

Dalam satu hantaran melalui Facebook beliau, Shahidan berkata, bendera BN yang dipasang hampir seminggu lalu, sudah mula diturunkan.

“Malam ini malam kesedihan teramat sangat. Semua bilik gerakan BN Parlimen Arau telah ditutup dan bendera sudah diturunkan. Kali pertama dalam sejarah,” katanya.

Sebelum ini, timbul desas-desus mendakwa beliau yang menyandang kerusi Parlimen itu sejak 1986, akan digugurkan bersama penyandang kerusi Parlimen Padang Besar, Datuk Zahidi Zainul Abidin, pada PRU kali ini. – BERITA HARIAN

Loading...
Terkini