comscore
Tumpuan :
Politik

PRU15: Silap ejaan ‘Berat sama dipukul…’, PH turunkan papan iklan 

KLUANG: Pakatan Harapan (PH) bertindak menurunkan papan iklan mengandungi peribahasa Melayu yang disilap eja ‘Berat sama dipukul, ringan sama dijinjing’.

Peribahasa berkenaanyang membawa maksud saling membantu ketika senang atau susah, sepatutnya berbunyi ‘Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing’.

Calon PH yang juga penyandang kerusi Parlimen Kluang, Wong Shu Qi, dipetik Berita Harian sebagai berkata papan iklan berkenaan diturunkan dua jam selepas ia dipasang pada Jumaat lalu sejurus pihaknya menyedari kesilapan berkenaan.

“Papan iklan ini telah diturunkan pada Jumaat lalu, dua jam selepas ia dipasang. Kami mengakui kesilapan ini dan ia adalah kesilapan dalam menaip perkataan terbabit.

“Dalam papan iklan itu, kami ingin menunjukkan kepada orang awam usaha-usaha yang telah kami jalankan sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP),” katanya dalam satu kenyataan.

Beliau berterima kasih kepada mereka yang telah menegur kesilapan berkenaan sehingga pihaknya boleh membuat pembetulan segera.

“Kami juga berharap orang awam dapat melihat usaha-usaha yang telah dijalankan berbanding kesilapan yang telah berlaku. Saya ingin ucap terima kasih kepada semua yang ambil peduli dan hantar mesej nasihat. Kami akan terus memperbaiki kekurangan ini,” katanya.

Sementara itu, hantaran mengenai kesilapan ejaan pada papan tanda itu dikesan dimuatnaik semula di media sosial sejak malam tadi hingga mengundang kecaman ramai.

Loading...
Terkini