comscore
Tumpuan :
Politik

PRU15: SPR tolak permohonan Ku Li kira semula undi

KOTA BHARU: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menolak permohonan daripada calon Barisan Nasional (BN), Tengku Razaleigh Hamzah yang mahu pengiraan semula undi dilakukan di Parlimen Gua Musang.Pengarah SPR Kelantan, Fakhrul Razi Ab Wahab, berkata SPR menolak keputusan itu dengan alasan pengiraan semula tidak boleh dibuat di pusat penjumlahan rasmi undi.

“Pengiraan semula hanya boleh dibuat di saluran sekiranya majoriti diperoleh pemenang kurang daripada empat peratus.”Sekiranya tidak berpuas hati, calon kena buat petisyen pilihan raya berdasarkan asas tertentu,” katanya pada sidang media di Pejabat SPR di Wisma Persekutuan negeri di sini, semalam.

Terdahulu, PAS mencipta rekod apabila menang di Parlimen Gua Musang dengan memperoleh majoriti 163 undi membabitkan jumlah keseluruhan 139 peti undi.PAS diwakili Mohd Azizi Abu Naim mengalahkan calon BN, Tengku Razaleigh Hamzah yang sebelum ini menyandang Parlimen berkenaan selama 11 penggal.- BERITA HARIAN

Loading...
Terkini