comscore
Tumpuan :
Politik

PRU15: UMNO Tangga Batu sedia beri laluan calon MCA bertanding kerusi tradisi

Ketua UMNO Bahagian Tangga Batu, Datuk Seri Mohamad Ali Mohamad

Oleh Baharuddin Mohamed

MELAKA: UMNO Bahagian Tangga Batu sedia memberi laluan kepada calon daripada parti MCA untuk bertanding di Parlimen Tangga Batu pada Pilihan Raya Umum Ke 15 (PRU-15) .

Ia meskipun kerusi kawasan itu secara tradisinya ditandingi UMNO.

Jaminan itu disuarakan ketua UMNO Bahagian Tangga Batu, Datuk Seri Mohamad Ali Mohamad susulan desas-desus bahawa calon MCA Datuk Lim Ban Hong bakal diletakkan bertanding di kerusi berkenaan.

“Sebagai ahli parti dan sebagai pendokong kepada Barisan Nasional (BN) kami bersedia siapa sahaja yang diarahkan oleh pucuk pimphann untuk bertanding di kawasan parlimen ini dan kita akan bekerja keras serta pastikan kemenangan BN.

“Apa yang penting pada kita bukan calon itu sendiri tapi parti yang diberikan amanah iaitu BN untuk memenangi PRU 15 ini terutama Parlimen Tangga Batu yang bagi kita akan menyumbang kepada pembentukan Kerajaan Persekutuan nanti,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media di kediamannya di Klebang di sini lewat malam tadi.

Sebelum ini, Mohamad Ali yang juga Timbalan Pengerusi Perhubungan UMNO negeri disebut-sebut bakal diletakkan oleh BN untuk bertanding di kerusi Parlimen itu.

“Pada saya kerja keras yang dilakukan bukan dilakukan oleh saya seorang tapi rakan-rakan dl bawah pimpinan UMNO Tangga Batu. Kita bukan nak letak seseorang tapi bekerja untuk parti kerana inilah semangat yang ada dalam diri kita kerana untuk kebaikan BN itu sendiri,” tegasnya.

Mohamad Ali yakin BN mampu menawan semula Parlimen Tangga Batu jika calon MCA dipertaruhkan meskipun 65 peratus pengundi kawasan terbabit adalah Melayu.

Penyandang kerusi Parlimen Tangga Batu Rusnah Aluai masih menjadi taruhan Pakatan Harapan (PH) pada PRU kali ini.

Pada PRU-14, Rusnah menewaskan calon BN, Zali Mat Yasin dan calon Pas, Zulkifli Ismail dengan majoriti 4,659 undi. – BULETIN TV3

Loading...
Terkini