comscore
Tumpuan :
Politik

PRU15: Zahid nafi minta calon tandatangan surat sokong beliau

Foto NSTP

KUALA LUMPUR: Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, menolak dakwaan calon bagi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) diminta menandatangani surat menyokongnya dan memberi mandat membentuk barisan Kabinet jika UMNO dan Barisan Nasional (BN) menang.

“Itu tipu,” katanya ringkas ketika ditemui pemberita di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur, hari ini.

Beliau diminta mengulas dakwaan berkaitan perkara itu seperti dilaporkan portal berita, semalam.

Sementara itu, Ahmad Zahid enggan mengulas dakwaan ada penyandang digugurkan termasuk di Parlimen Arau, Datuk Seri Shahidan Kassim.

“Tunggu malam ini untuk jelaskan spekulasi,” katanya.

Kemelut dalaman UMNO dilihat semakin memuncak selepas Shahidan memberi bayangan digugurkan daripada senarai calon apabila semua bilik gerakan BN Parlimen Arau ditutup, manakala bendera parti itu juga diturunkan.

Penutupan bilik gerakan parti berkenaan dan penurunan semula bendera BN yang sudah digantung sebaik Parlimen dibubarkan turut dilaporkan menerusi hantaran Facebook oleh Shahidan, malam semalam.

“Malam ini malam kesedihan teramat sangat. Semua bilik gerakan BN Parlimen Arau telah ditutup dan bendera sudah diturunkan. Kali pertama dalam sejarah,” tulis Shahidan. – BULETIN TV3

Loading...
Terkini