comscore
Tumpuan :
Politik

Puad pertahan pendirian kritik Rafizi

PETALING JAYA: Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi hairan apabila beliau dituduh ‘menembak kaki sendiri’ hanya kerana mendesak supaya Rafizi memperbaiki prestasinya sebagai Menteri dengan mengemukakan formula yang lebih realistik dan luar biasa.

“Saya dituduh tembak kaki sendiri. Apakah meminta Rafizi mengemukakan formula yang realistik dan luar biasa dianggap tembak kaki sendiri?

“Apakah mendesak Menteri supaya ‘perform’ dianggap tembak kaki sendiri? Apa salahnya Rafizi ditegur. Kalau dia luar biasa, Kerajaan Perpaduan tambah kukuh,” katanya menerusi Facebook.

Dalam pada itu, Mohd Puad berkata, istilah “menembak kaki sendiri” hanya boleh digunakan pada pihak yang takut bersuara serta membiarkan kepincangan menteri terus berlaku.

“Apa maksud tembak kaki sendiri. Tidak boleh dikritik? Tidak boleh ditegur?

Tidak boleh beri pandangan? Tugas saya bukan menghasut. Saya tidak ambil pun tugas lama Rafizi.

“Tembak kaki sendiri ialah bila Menteri tidak perform, gagal buat benda luar biasa dan formulanya tidak boleh dipakai. Itu lemahkan kerajaan.

“Saya boleh dituduh ‘tembak kaki sendiri’ bila takut bersuara dan kelemahan dibiarkan berleluasa. Sebab itu saya lain dari yang lain,” katanya.

Semalam, Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki mengingatkan pemimpin parti itu supaya tidak menyerang satu sama lain dalam Kerajaan Perpaduan semata-mata mahu memuaskan hati sesetengah pihak.

Ini kerana katanya, UMNO terikat dengan tanggungjawab secara kolektif kerana parti itu adalah sebahagian daripada kerajaan.

Teguran itu dibuat selepas Puad mengkritik prestasi Rafizi sebagai menteri ekonomi dan mempersoalkan kurangnya dasar untuk memulihkan semula ekonomi.

Beliau menyifatkan tindakan itu ibarat   ‘menembak kaki sendiri’ dan perlu dielakkan serta dikawal demi kebaikan semua pihak.

Loading...
Terkini