comscore
Tumpuan :
Politik

Pulanglah untuk menunaikan tanggungjawab anda sebagai pengundi – PM

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

KUALA LUMPUR : Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengingatkan Keluarga Malaysia agar pulang ke kampung halaman masing-masing untuk menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi esok.

Dalam status Facebook dan Twitter rasminya, beliau juga berpesan kepada Keluarga Malaysia agar memilih Barisan Nasional (BN), demi kestabilan dan kemakmuran negara yang dicintai.

“Saya doakan semua selamat sampai ke kampung halaman dan tempat mengundi masing-masing, kembali ke tempat kerja dengan selamat dan sempurna.

“Setelah berusaha sedaya upaya saya untuk negara tercinta, selebihnya saya menyerahkan segalanya kepada kekuasaan Allah SWT, kepada Allah kita bersujud dan tempat kita meminta pertolongan. Semoga Allah melindungi dan merahmati kita,” katanya.

Loading...
Terkini