comscore
Tumpuan :
Politik

‘Satu penghormatan buat saya’- Tengku Zafrul

FOTO: NSTP

KUALA LUMPUR: Calon Barisan Nasional (BN) di Kuala Selangor, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berterima kasih kepada pengundi, semua jentera dan penyokong parti yang membantunya pada kempen Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Bekas Menteri Kewangan itu yang kali pertama bertanding pilihan raya umum berkata, pengalaman bertanding dan berkempen pada PRU15 adalah satu penghormatan kepadanya.

“Terima kasih kepada semua pengundi Kuala Selangor. Terima kasih juga kepada semua jentera dan penyokong BN.

“Satu penghormatan dapat mengenali dan bekerjasama dengan anda semua. You are the best! Insya-Allah jika ada rezeki, kita jumpa lagi,” katanya dalam catatan ringkas di Facebooknya, hari ini.

Tengku Zafrul tewas kepada penyandang kerusi Kuala Selangor, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad yang memperoleh majoriti 1,002 undi, sekali gus membolehkan bekas Menteri Kesihatan itu mengekalkan penguasaannya di kerusi itu.

Tengku Zafrul yang juga Bendahari UMNO Selangor memperoleh 30,031 undi, ketinggalan hanya 1,002 undi di belakang Dzulkefly (31,033 undi).

Calon Perikatan Nasional (PN), Mohd Noor Mohd Sahar memperoleh 23,639 undi, manakala calon PEJUANG, Mohd Shaid Rosli ketinggalan dengan 1,778 undi.

Pada PRU14, Dr Dzulkefly menang dengan majoriti 8,498 undi.

Loading...
Terkini