comscore
Tumpuan :
Politik

[VIDEO] ‘Saya doakan Khairy jadi PM pada masa depan’ – Ismail Sabri

AYER HITAM: Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menyifatkan calon Barisan Nasional (BN) Sungai Buloh, Khairy Jamaluddin, layak menjadi Perdana Menteri pada masa depan.

Perdana Menteri berkata, sudah tentu Khairy perlu memenangi pilihan raya dan mendapat sokongan majoriti parti terlebih dahulu sebelum dilantik memegang jawatan berkenaan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob (tengah) hadir pada Majlis Ramah Mesra Bersama warga Ayer Hitam di Dewan Terbuka Taman Suria Ros hari ini

“Okay, memang doa untuk Khairy dan dia kata pun bukan sekarang, akan datang. Memang dia layak untuk menjadi Perdana Menteri akan datang.

“Kalau kita menang pilihan raya, dapat sokongan daripada parti, tentu sahaja Khairy antara seorang yang layak untuk menjadi Perdana Menteri suatu masa nanti,” katanya ketika ditemui selepas menghadiri Majlis Ramah Mesra Perdana Menteri Bersama Warga Parlimen Ayer Hitam di Taman Suria di sini, hari ini. – BERITA HARIAN

Loading...
Terkini