comscore
Tumpuan :
Politik

Saya mahu jadi ‘Sungai Buloh man’ – KJ

SUNGAI BULOH: Khairy Jamaluddin memberi gambaran beliau tidak dibayangi Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi biarpun bertanding sebagai calon Barisan Nasional (BN) Parlimen Sungai Buloh, pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

Berucap di Program Pemimpin Bersama Rakyat di Kampung Baru Sungai Buloh, Khairy menegaskan beliau bukanlah ‘yes man’, selain menegaskan sering dimarahi Ahmad Zahid.

Menteri Kesihatan itu berkata, beliau pemimpin yang berprinsip, selain lebih gemar untuk menjadi ‘Sungai Buloh man’, berbanding ‘yes man’.

“Saya dalam parti (BN/UMNO) bukan ‘yes man’. Saya ada prinsip. Presiden saya (Ahmad Zahid) marah saya tiap-tiap hari.

“Sebab saya cakap tak betul, kalau benda (dibuat) itu tak betul. Kalau tak bagus, saya cakap tak bagus,” katanya ketika berucap di hadapan komuniti Cina dan India di sini, malam ini.

Berita lanjut menyusul – BERITA HARIAN

Loading...
Terkini