comscore
Tumpuan :
Politik

“Saya tidak ralat tinggalkan PH” – Muhyiddin

| Oleh Kumaran Rajamoney

PENDANG : Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin menyifatkan tindakan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) meninggalkan Pakatan Harapan (PH) adalah sesuatu yang betul dan tepat pada masanya.

Beliau mendakwa, pentadbiran PH beri kemudaratan kepada rakyat.

“Kalau pemandu bas (Pakatan Harapan) hendak menjunam jatuh ke dalam gaung, sebagai penumpang apa tuan buat? Cepat fikir, jangan ikut dan mesti lompat keluar dan tinggalkan.”

“Kami tahu bahawa negara ke satu tahap kalau sudah jatuh, dan sukar untuk kita naik kembali. Alhamdudillah semuanya takdir. Saya tak ralat meninggalkan parti yang telah kita bersama menumbangkan Barisan Nasional (BN),” katanya

DAP dakwa beliau telah melakukan penentangan kepada usaha menegakkan Islam sebagai teras pembangunan negara, serta tidak menyokong perkara berkaitan hak orang Melayu.

“Banyak perbuatan yang mereka lakukan bercanggah dengan tuntutan agama Islam. Kumpulan sebegini tidak seharusnya kita berikan peluang langsung untuk kembali mentadbir, bukan 22 bulan malah bukan 22 jam sekalipun,” katanya.

Untuk itu, PN katanya perlu memperoleh mandat besar bagi membolehkannya membentuk kerajaan pasca Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15).

“Pesan pada anak, cucu yang sudah boleh mengundi untuk keluar mengundi. Mereka mungkin tidak mempunyai pengetahuan politik seperti kita,” katanya ketika berucap pada program Pelancaran ‘PN Best’ Tawaran Untuk PRU Peringkat Negeri Kedah di sini, malam tadi.

Loading...
Terkini