comscore
Tumpuan :
Politik

“Sayangilah pahala anda” – Ustaz Kazim

FOTO: Dato’ Ustaz Mohd Kazim Elias/Facebook

KUALA LUMPUR: Penceramah bebas, Datuk Mohd Kazim Elias atau lebih dikenali sebagai Ustaz Kazim memohon cercaan hinaan terhadapnya oleh orang ramai digantikan dengan pahala.

Beliau memuat naik kenyataan itu di laman Sosial Facebooknya hari ini selepas menarik diri daripada bertanding mewakili Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) di Parlimen Larut.

Mohd Kazim dikatakan, memaklumkan sendiri perkara itu kepada UMNO Perak pagi ini.

“Alhamdulillah. Semoga kutukan cercaan hinaan bertukar menjadi pahala. Terima kasih.

“Sayangilah pahala anda,” katanya.

Terdahulu, Pengerusi BN Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad mengesahkan perkara itu ketika mengumumkan calon BN di Perak hari ini.

Beliau turut mengumumkan pengganti Ustaz Kazim ialah Ketua Penerangan Pemuda UMNO Bahagian Larut, Mohd Shafiq Fhadly Mahmud. – HARIAN METRO

Loading...
Terkini