comscore
Tumpuan :
Nasional

Selepas Anwar, KJ jumpa Muhyiddin pula

Foto: Khairy Jamaluddin / Instagram

KUALA LUMPUR: Bekas Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin sekali lagi menimbulkan tanda tanya apabila memuat naik gambarnya bersama Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini.

Gambar itu dimuat naik di InstaStory tanpa memberi sebarang keterangan.

Jumaat lalu bekas Menteri Kesihatan itu hadir dalam perbincangan mengenai hala tuju ekonomi negara yang dipengerusikan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama beberapa tokoh perniagaan dan pakar ekonomi yang juga pemimpin politik, termasuk Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Johari Abdul Ghani, menimbulkan persoalan sama ada beliau memilih untuk bersama Kerajaan Perpaduan.

Sebelum ini media melaporkan, Khairy akan mengadakan perjumpaan dengan kepimpinan PN, dipercayai bagi membincangkan mengenai penyertaannya dalam gabungan itu.

Sementara itu, Ketua Penerangan BERSATU, Datuk Razali Idris mengesahkan pertemuan Muhyiddin dan Khairy itu.

Beliau turut mengesahkan pertemuan itu diadakan di kediaman Muhyiddin di Bukit Damansara bagi membincangkan mengenai tawaran BERSATU, namun enggan mendedahkan keputusan mengenainya.

“Memang ada pertemuan di rumah Tan Sri (Muhyiddin), namun kita tunggu nanti kenyataan Presiden.

“Namun, saya sahkan Khairy tidak akan menubuhkan parti baharu dan parti mana akan disertainya. Kita tunggu kenyataan rasmi beliau sendiri,” katanya kepada BH.

Loading...
Terkini