comscore
Tumpuan :
Politik

Seramai 2,217 pengundi awal tunai tanggungjawab di Rembau

Oleh Izzatie Rizan

REMBAU: Proses pengundian awal bagi Pilihan Raya Umum ke- 15 (PRU-15) di Parlimen Rembau berjalan lancar dengan melibatkan seramai 2,217 polis dan tentera.

Tinjauan di Ibu Pejabat Polis Daerah Rembau mendapati anggota dan pegawai mula beratur seawal 7.30 pagi bagi menunaikan tanggungjawab mereka.

Secara keseluruhannya, 511 anggota polis dan pegawai direkodkan mengundi di Parlimen ini.

Manakala Pangkalan Udara Sendayan merekod jumlah pengundi awal tertinggi bagi tentera dengan melibatkan 970 pengundi. Secara totalnya pengundi tentera di Parlimen P131 Rembau berjumlah 1,706.

Menurut Ketua Polis Daerah Rembau, DSP Hazri Mohamad, tiada anggota polis mahupun pegawai direkodkan positif Covid-19 ketika pengundian awal ini.

Parlimen Rembau menghadapi pertembungan sengit lima penjuru melibatkan calon BN, Datuk Seri Mohamad Hasan.

PH yang mengetengahkan bekas Presiden Majlis Belia Malaysia, Jufitri Joha, PN yang menampilkan Setiausaha Badan Perhubungan PN negeri, Mohd Nazree Mohd Yunus; Ramly Awalludin (Pejuang) serta S. Tinagaran mewakili Parti Sosialis Malaysia (PSM).

Loading...
Terkini