comscore
Tumpuan :
Politik

SPRM terima 11 aduan sejak hari penamaan calon

Tan Sri Azam Baki/ Ketua Pesuruhjaya SPRM . Foto : NSTP

KOTA BHARU: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menerima 11 maklumat dan aduan berkaitan perbuatan rasuah dan salah guna kuasa sepanjang kempen Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15).

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki berkata, laporan itu diterima menerusi bilik gerakan di seluruh negara sejak ia dibuka bermula hari penamaan calon pada 5 November lalu.

Katanya, , pihaknya akan meneliti dan mengkaji terlebih dahulu sebelum mengambil tindakan di bawah akta SPRM.

“Setakat ini lebih kurang 11 maklumat dan aduan yang diterima oleh bilik gerakan di seluruh negara sejak (hari) penamaan calon.

“Ada laporan yang dibuat secara bersemuka, ‘pick up’ dari media dan sebagainya jadi mana-mana maklumat yang diterima dalam saluran yang betul, kita akan ambil maklum dulu sebelum kita kaji.

“Mana-mana yang ada asas, kita akan jalankan siasatan di bawah akta kita…bukan semua kerana kadang-kadang maklumat ini hanya cakap-cakap sahaja,” katanya kepada media di sini, hari ini.

Terdahulu beliau hadir di Istana Balai Besar, di sini bagi menerima kurniaan Darjah Kebesaran Setia Mahkota Kelantan Yang Amat Terbilang (SPSK) sempena Ulang Tahun Keputeraan Sultan Muhammad V yang ke-53.

SPRM dalam kenyataan media sebelum ini memaklumkan, semua bilik gerakan di bawah agensi itu beroperasi 24 jam mulai Sabtu lalu hingga 19 November ini dan boleh dihubungi menerusi talian Ibu Pejabat SPRM di 03-889110372 serta pejabat negeri.

Kenyataan itu menyebut, talian Pejabat SPRM Kuala Lumpur di 03-9206 51953, Pejabat SPRM Selangor 03-552483184, Pejabat SPRM Negeri Sembilan 06-76254465, Pejabat SPRM Melaka 06-28960116 dan Pejabat SPRM Johor 07-23161707.

Selain itu, Pejabat SPRM Perak di talian 012-490 59868, Pejabat SPRM Pahang 09-57160279, Pejabat SPRM Kedah 04-700188010, Pejabat SPRM Pulau Pinang 04-229926211, Pejabat SPRM Terengganu 09-630192012 dan Pejabat SPRM Kelantan 09-766197013.

Pejabat SPRM Perlis pula di talian 04-976 398214, Pejabat SPRM Sabah 088-488 3811, Pejabat SPRM Sarawak 082-46770116 dan Pejabat SPRM Labuan 087-427198.

Orang ramai juga boleh menyalurkan sebarang aduan berkaitan rasuah dan salah guna kuasa menerusi e-mel di alamat [email protected]

Loading...
Terkini