comscore
Tumpuan :
Politik

[VIDEO] Tak Boleh Kata Akan Bergabung. Tak Tahu Lagi – PM

 

Oleh Syafiqah Damanhuri

SUNGAI SIPUT: Selesaikan Pilihan Raya Umum (PRU) dahulu baru fikir soal penggabungan parti.

Itu ulasan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang memaklumkan keputusan sama ada bakal wujud penggabungan parti antara Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN) selepas PRU nanti.

Katanya, penggabungan dengan sesiapa pun adalah keputusan yang perlu dibuat oleh parti.

“Parti yang akan buat keputusan. Kalau kita menang boleh membentuk kerajaan atau ada gabungan atau tidak. Kita pasti akan wujudkan gabungan parti dari Sabah dan Sarawak. Sabah dan Sarawak mesti menjadi sebahagian daripada Kerajaan Persekutuan”

“Dengan parti lain, ada orang kata jajaran baru dengan Pakatan Harapan, ada kata balik dengan PN atau PAS selepas Pilihan Raya. Itu ‘cross the bridge’ dulu.” Katanya dalam sidang media selepas beramah mesra dengan penduduk Felda Lasah di Sungai Siput.

Beliau berkata demikian ketika mengulas kenyataan Setiausaha Agung PAS, Takiyuddin Hassan, bahawa parti itu tidak menolak kemungkinan PN akan membentuk kerajaan dengan BN sekiranya mereka gagal membentuk kerajaan secara bersendirian dalam PRU-15.

Terdahulu dalam ucapannya, Datuk Seri Ismail Sabri berkata beliau sudah berbincang dengan pihak Felda untuk menghapus kira hutang yang ditanggung 70 peneroka bernilai RM1.8 juta akibat serangan gajah di ladang mereka.

Beliau turut berharap pihak pengurusan Felda dapat menyelesaikan masalah itu.

Loading...
Terkini