comscore
Tumpuan :
Politik

[VIDEO] Tanding tiket bebas, Tian Chua tak bijak – Anwar

Tian Chua dan Datuk Seri Anwar Ibrahim

BAYAN BARU: Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan keputusan bekas Naib Presiden parti itu, Tian Chua bertanding atas tiket bebas adalah satu tindakan tidak bijak.

Anwar berkata, sebagai seorang reformis yang tahu tentang perlembagaan parti beliau sepatutnya tidak bertanding atas tiket bebas.

 

Beliau bagaimanapun mengakui calon bebas Parlimen Batu itu ada menyatakan hasrat untuk bertanding pada Pilihan Raya Umum Ke-15 .

“Dia (Tian Chua) ada memberi bayangan untuk bertanding PRU-15 dan saya nasihat kerana perlembagaan parti jelas bahawa dia akan terlucut jawatan serta merta.

“Dia nyatakan kepada saya sepintas lalu dan itu adalah keputusan tak bijak sebagai seorang reformis,” katanya kepada pemberita, hari ini.

Beliau diminta mengulas sama ada Tian Chua ada nyatakan hasrat untuk bertanding PRU-15 kepada Presiden PKR itu sendiri.

Terdahulu, Anwar menghadiri Majlis Ramah Mesra bersama penduduk Bayan Baru di Astaka Desa Mayang, Bukit Gedung di sini, hari ini.

Turut hadir, dua calon Pakatan Harapan (PH) iaitu bagi Parlimen Bayan Baru, Sim Tze Tzin dan Datuk Bakhtiar Wan Chik (Balik Pulau).

Media semalam melaporkan Tian Chua secara automatik dipecat daripada PKR berikutan tindakannya bertanding atas tiket Bebas di kerusi Parlimen Batu pada PRU-15.

“Kita akan ambil tindakan sewajarnya. Biasanya sebagai dasar (PKR), mereka yang bertanding sebagai calon Bebas atau meninggalkan parti atas apa jua alasan sekali pun akan secara automatiknya dipecat oleh parti,” katanya.

Loading...
Terkini