comscore
Tumpuan :
Politik

“Tidak Wajar Bubar Parlimen Dalam Tempoh Terdekat” – Hadi Awang

Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang. – FOTO : NSTP

KUALA LUMPUR : PAS berpandangan pembubaran Parlimen dalam tempoh terdekat bagi memberi laluan kepada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) adalah tidak wajar, malah ia tidak perlu disegerakan kerajaan ketika ini.

Presidennya, Tan Sri Abdul Hadi Awang, berkata PAS berpandangan sedemikian selepas mengambil kira faktor pemulihan ekonomi dan jangkaan musim tengkujuh yang menyukarkan rakyat serta jentera kerajaan.

“PAS tetap akan meneruskan perbincangan serta rundingan dengan semua pihak (parti politik, pertubuhan bukan kerajaan/NGO, ahli akademik dan tokoh masyarakat) ke arah menjayakan agenda perpaduan ummah.

“Ia bagi mencapai titik persamaan dan mengelak pertembungan sesama sendiri, sekali gus mengalahkan Pakatan Harapan (PH),” katanya dalam satu kenyataan, di sini, hari ini.

Beliau menegaskan, PAS turut berpendirian bahawa dalam apa jua keadaan, kepentingan negara dan rakyat hendaklah didahulukan.

Pada masa sama, katanya, langkah pemulihan ekonomi perlu terus disokong, khususnya melalui Bajet 2023 yang akan dibentangkan di Dewan Rakyat pada Jumaat ini.-BERITA HARIAN

Loading...
Terkini