comscore
Tumpuan :
Politik

[VIDEO] Tidak wujud perbincangan untuk kerajaan gabungan – Ismail Sabri

 

Oleh Ridhwan Rusydi Azri Roslan

ALOR GAJAH: Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menegaskan tidak wujud sebarang perbincangan untuk berkerjasama dengan Pakatan Harapan (PH) bagi membentuk kerajaan selepas Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15)

Menurut beliau sebarang keputusan besar yang seperti itu, terletak pada pimpinan tertinggi parti.

“Keputusan besar seperti ini parti yang perlu buat keputusan, kita sebagai individu tak boleh nak buat keputusan, nak PKR ke nak PN ke nak PH. Ini keputusan parti,”

Mengulas lanjut, beliau tidak menolak kemungkinan negara sekali lagi akan berdepan kerajaan campuran sekiranya tiada mana-mana gabungan parti berjaya mendominasi kerajaan pada PRU-15.

“Kalau tidak ada satu parti yang boleh dapat majoriti mudah, tentu sahaja perlu ada kerajaan campuran. Jika tidak, akan jadi parlimen tergantung.

“Jadi sebab itu lah, kita pun tidak tahu lagi ada atau tidak parti yang menang majoriti mudah.

“Tapi saya memang setuju kalau tidak ada parti yang mempunyai majoriti mudah secara sendiri, untuk bentuk kerajaan memang kena ada gabungan, kena ada kerajaan campuran,” jelasnya ketika sesi beramah mesra bersama penduduk di Durian Tunggal, Melaka.

Turut hadir, calon kerusi parlimen Alor Gajah, Shahril Sufian Hamdan dan Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Sulaiman Md Ali.

Loading...
Terkini