comscore
Tumpuan :
Politik

Tindakan PN letak calon di Sarawak mencacatkan hubungan dengan GPS

Naib Presiden Parti PBB, Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah

Oleh Kadir Edison

KUCHING: Tindakan Perikatan Nasional (PN) yang meletakan calonnya untuk bertanding di empat kerusi parlimen di Sarawak telah mencacatkan perhubungan antara gabungan itu dengan Gabungan Parti Sarawak (GPS).

Naib Presiden Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah berkata walaupun Malaysia merupakan negara demokrasi, namun tindakan PN itu ibarat memungkiri persefahaman yang terjalin antara pimpinan tertingginya dengan GPS

“Pucuk pimpinan atasan di peringkat presiden GPS dan Perikatan Nasional pada masa itu mesti ada persefahaman di belakang tabir dan persefahaman inilah saya percaya telah dicacatkan dengan meletakan calon-calon ini kita sedih tapi harapan saya ia tidak sampai keperingkat terusn bermusuh,” katanya kepada Buletin TV3 di Kuching.

Bagaimanapun, beliau berharap perkara itu tidak akan akan berlarutan sehingga boleh menjejaskan usaha pembentukkan sebuah gabungan yang stabil untuk membentuk kerajaan persekutuan Pasca PRU-15 nanti.

Jelasnya, baik PN atau BN tetap memerlukan gabungan parti dari Sabah dan Sarawak untuk membentuk kerajaan persekutuan ekoran kedua-dua gabungan itu tidak mampu memperoleh dua pertiga jumlah kerusi parlimen yang dipertandingkan.

Beliau juga percaya tindakan PN itu mungkin berpunca daripada tekanan untuk memperoleh jumlah kerusi parlimen yang banyak sehingga sanggup mengetepikan persefahaman sedia ada.

Terdahulu, pada hari penamaan calon Sabtu lalu, PN telah meletakan empat calonnya di kerusi Parlimen Batang Lupar, Lubok Antu, Saratok dan Bintulu sekaligus perlu berdepan dengan calon GPS bagi keempat-empat kerusi parlimen terbabit.

Loading...
Terkini