comscore
Tumpuan :
Politik

BN Tidak Tolak PBM, Masih Pertimbangan Permohonan

KUALA LUMPUR: Barisan Nasional (BN) tidak menolak Parti Bangsa Malaysia (PBM) sebagai komponen parti itu, kata Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Sebaliknya beliau berkata, BN masih mempertimbangkan permohonan parti berkenaan.

“Kita tidak tolak, kita masih mempertimbangkan,” katanya ditanya mengenai status PBM yang memohon menyertai BN.

Kelmarin, Presiden PBM, Datuk Zuraida Kamaruddin berkata, kerjasama dengan BN akan dimuktamadkan sebelum penamaan calon pada PRU15 ini.

Julai lalu, PBM dilaporkan menghantar permohonan rasmi untuk menyertai BN bagi menghadapi PRU-15, namun sehingga kini pimpinan gabungan itu dilaporkan masih memperhalusinya bersama permohonan beberapa parti lain.

BN kini dianggotai empat parti utama iaitu UMNO, MCA,MIC dan Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS).

Friends of BN pula dianggotai Parti Makkal Sakti, Parti Cinta Malaysia (PCM), Barisan Kemajuan India Se-Malaysia (IPF), Kongres India Muslim Malaysia (KIMMA), Parti Bersatu India Malaysia (MUIP) dan Parti Punjabi Malaysia (PPM).

Loading...
Terkini