comscore
Tumpuan :
Politik

“Tubuh kerajaan perpaduan tanpa PH”

JELEBU: Ahli Parlimen Jelebu yang juga Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Seri Jalaluddin Alias berharap kesejahteraan rakyat dan kemajuan negara harus diteruskan dengan dipimpin oleh sebuah kerajaan yang stabil dan berpengalaman.

“Berpaksikan ‘track record’, saya berprinsip bahawa BN harus membentuk sebuah unity government’ tanpa Pakatan Harapan (PH) untuk menerajui Kerajaan Malaysia pasca Pilihan Raya Umum Ke- 15 (PRU-15) ini.

“Asas utama penolakan terhadap PH ini adalah atas kegagalan pentadbiran negara dan keruntuhan negara semasa 22 bulan diperintah mereka pada PRU-14 lalu. Perkara ini sewajarnya menjadi ‘collective responsibility’ dikalangan ahli-ahli Dewan Rakyat BN, Perikatan Nasional, PEJUANG, GPS, GRS, BEBAS dan lain-lain, ” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Tambah Jalaluddin, beliau secara terbuka mengambil sikap berjiwa besar dan matang dalam kolektif politik untuk mencadangkan Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin sebagai Perdana Menteri atas kerangka bahawa PN memiliki jumlah kerusi kedua tertinggi dalam Dewan Rakyat selepas PH.

Katanya kerangka pemikiran ini adalah atas prinsip saya untuk memastikan rakyat dan negara ini terus berada dalam keadaan stabil dan makmur sepertimana yang BN perjuangkan.

“BN menerima keputusan pilihan PRU kali ini dengan penuh kematangan selepas BN hanya mampu menang di 30 kawasan Parlimen sahaja,” katanya.

Loading...
Terkini