comscore
Tumpuan :
Politik

UMNO Besut Usul Ismail Sabri Sebagai Perdana Menteri

KUALA TERENGGANU : UMNO Bahagian Besut meluluskan usul menyokong Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebagai Perdana Menteri ke-10.

Ketua Bahagian UMNO Besut, Datuk Nawi Mohamad, berkata mesyuarat perwakilan parti bahagian Besut, meluluskan sebulat suara usul menyokong keputusan Majlis Kerja Tertinggi (MKT) menamakan Ahli Parlimen Bera sebagai calon Perdana Menteri ke-10, dalam menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15).

Katanya, seluruh perwakilan juga sebulat suara bersetuju agar perpaduan seluruh pimpinan tertinggi parti, termasuk di peringkat pusat dan negeri serta cawangan dipertingkat.

“UMNO Bahagian Besut juga bertekad untuk menggandakan usaha bagi merampas semula satu kerusi Dewan Undangan negeri (DUN) yang dimenangi PAS pada PRU-15,” katanya.

Nawi yang juga Ahli Dewan Undangan negeri (ADUN) Hulu Besut berkata, perwakilan juga mengusulkan agar jentera pilihan raya menggandakan usaha bagi merampas kerusi DUN Kota Putera yang dikuasai PAS, selain mengekalkan kemenangan di kerusi Parlimen Besut, DUN Jertih, Hulu Besut, Kuala Besut. – BERITA HARIAN

Loading...
Terkini