comscore
Tumpuan :
Politik

‘UMNO bukan parti peminta sedekah’

Annuar pada sidang media diadakan di WTCKL, hari ini. – FOTO: NSTP

KUALA LUMPUR: UMNO bukan diwujudkan sebagai ‘peminta sedekah’ kepada mana-mana parti untuk memasuki blok kerajaan.

Berikutan itu, lebih 50 Ketua UMNO Bahagian di seluruh negara mahu parti berkenaan untuk tidak bergabung sama ada dengan Pakatan Harapan (PH) atau Perikatan Nasional (PN) bagi membentuk kerajaan campuran.

Ketua Bahagian UMNO Ketereh, Tan Sri Annuar Musa, berkata parti itu seharusnya menerima mandat yang diputuskan rakyat untuk menjadi pembangkang yang bermaruah dan berwibawa.

“Kami berpendirian UMNO tidak perlu merangkak untuk duduk dalam kerajaan, kita reda menjadi pembangkang bagi membela rakyat.

“Apabila rakyat memberi mandat, kita sedia untuk bawa peranan itu dan biarkan parti yang mendapat banyak kerusi untuk buat kerajaan.

“UMNO tidak seharusnya minta sedekah kepada sesiapa. Kalau ajak bergabung dan Perdana Menteri daripada UMNO, mungkin kami akan sokong.

“Tetapi kalau masuk (bergabung) sebagai menempel, tak perlulah sebab kami yakin kami boleh betulkan parti ini,” katanya kepada media pada sidang media khas yang diadakan di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL), hari ini.

Loading...
Terkini