comscore
Tumpuan :
Politik

[VIDEO] UMNO sedia terima apa jua usul kukuhkan parti – Zahid

Ahmad Zahid bersama Presiden (Malaysia Chinese Women Entrepreneurs Association (MCWEA), Datin Sri Jessie Wong (empat kanan) menggaul yee sang pada majlis makan malam di Petaling Jaya, malam tadi – Foto NSTP

PETALING JAYA: UMNO sedia terima apa jua usul, sekiranya ia dapat memperkukuh parti dan kepimpinan.

Presidennya, Datuk Seri Ahmad Zahidi Hamidi berkata, pelbagai aspek akan dipertimbang, bukan sahaja pandangan Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar, Datuk Seri Jamal Md Yunos yang mencadangkan jawatan presiden dan timbalan parti tidak dipertanding dalam pemilihan parti akan datang.

“Itu pendapat peribadi Datuk Seri Jamal Md Yunos dan kita akan terima apa saja usul yang dapat memperkukuh UMNO.

“Yang lebih penting, kita dapat merapatkan saf dalam kalangan kita setelah kita terpukul dengan kuatnya dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri sambutan ulangtahun ke-10 Persatuan Usahawan Wanita Cina Malaysia (WCWEA) di sebuah hotel terkemuka di sini, malam tadi.

Dalam satu kenyataan sebelum ini, Jamal mengesyorkan jawatan Presiden UMNO dan Timbalannya tidak dipertanding dalam pemilihan parti akan datang.

Asas kepada cadangannya itu, Jamal menjelaskan, kerana UMNO masih lagi dalam keadaan rapuh dan tidak stabil.

Jamal menyarankan usul itu dibentangkan dalam Perhimpunan Agung UMNO 2022 bulan depan.

Loading...
Terkini