comscore
Tumpuan :
Politik

[VIDEO] UMNO sertai kerajaan perpaduan, tapi bukan diterajui PN

Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan.

Oleh Mas Zharif Zhafri Aziz Desa

KUALA LUMPUR: Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO memutuskan untuk menyokong dan menjunjung titah Yang Di-Pertuan Agong agar Barisan Nasional (BN) menyertai kerajaan perpaduan.

Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan sebaliknya berkata kerajaan perpaduan itu bukan yang diterajui Perikatan Nasional (PN) kelak.

Ini bagi memastikan sebuah kerajaan yang stabil dan makmur dapat dibentuk.

“Keputusan sebulat suara itu juga bersetuju semua wakil parti yang memenangi kerusi parlimen pada PRU-15, mematuhi dan menerima sebarang bentuk kerajaan perpaduan.

“Mematuhi dan menerima sebarang bentuk kerajaan perpaduan atau lain-lain bentuk kerajaan yang bakal dimasyurkan oleh Yang di-Pertuan Agong.

“Keputusan itu juga dibuat selepas BN memperhalusi perbincangan Jawatankuasa Perundingan BN bersama PH dan PN,” katanya dalam satu kenyataan awal pagi ini.

Keputusan yang dibuat UMNO ini sekaligus memberi gambaran jelas bahawa BN bakal menyokong gabungan lain iaitu Pakatan Harapan (PH).

Kenyataan media selepas mesyuarat khas Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO yang diadakan sehingga lewat malam tadi.

 

 

 

 

Loading...
Terkini